Dream Girl ✰

Hello Dear and Babies! You are stucking on my blog! I know that okay.
The place where I keep my dreams
I hope you enjoy the journey through my life and adventures and do not leave without comment! Enjoy it :)
Follow + Dashboard

: See you soon...!

April (4)월 2013 년

D L M M J V S
1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30

>>Tumblr


The Past...


Tell me you Dreams

Please be friendly
and Respect me

Paste here your C-Box

Thanks To!

Skin by; Kiimy Ys
Icons by SC
Pictures: WeIt & Tumblr
Sozai: 7thdisorder
Editor: You! ~


//emosi tak berapa nak stabil kot
posted at: Thursday, August 27, 2015 | 2:51 AM | 0 Love! | Give me some love?


Kejadian berlaku time nak pergi CS (center square). hmm aku tak tahulah salah siapa. salah aku atau dia ? before nak pegi cs tu totally okay, smoth, happy jaaaa. tapi bila nak pegi tu terasa ada yang tarik muka. aku perasan tapi buat tak tahu je. malas nak layan perasaan manusia yang kuat emosi. sepanjang dekat cs tu langsung taknak tegur aku dengan syidah. si dia terus buat muka toyaaa bila Nampak aku dengan syidah. kalau punca sebab suruh ambilkan barang makeup yg terlalu banyak korang rasa masuk akal tak ? dahla kawan aku hat sorg tu mmg tk kenal sangat barang makeup. hmmm start dari situ dah boleh nampak reaksi wajah dia bertukar. dalam hati aku cuma kata "marah kejap je tu, nnti okaylah". sebab barang make up jekot. ya allah , bagi aku tu small matter that can faced by everyone. take it easy and should understand about people around her. bukan campak lepas emosi tuh ! berpada padalah sikit . aku pun ada tahap marah juga tapi kalau dah sampai camni sape tak hangin satu badan --'. kau nak orang faham kau tapi kau sendiri tak faham diorang. bukan nak mengata bukan nak buka aib dia tapi luahan saja. korang sendiri pun mesti pernah face problem nie kan ? cuba bayangkan dah dua hari tak tegur , tarik muka dgn kitorg. at least aku ada tegur tapi si dia buat dunno jaaa. aku hold dua hari kot ! dua hari aku tahankan je dengan perangai annoying kau. ingat kau sorg boleh buat. bila aku tnya kau jawab acuh tak acuh ja. pastu p ngadu kat roommate aku kata banyak kali dah benda nie jadi. aku biarkan ja , malas nak gaduh.". tapi still bila jumpa tarik muka.see ? pegi balik still sekali tapi tak bercakap langsung. kome rasa apa bila jadi cmni ? haaaa tau jawapannya "dah biasa weii" . HAHAHA ! takpa hati kena sado weiii. kena kental baru org tak pijak kita. nie sekarang dahla group sekali untuk 3 subjek. nak hadap muka dia yg tknak senyum langsung . kalau aku kata dia pms tak jugaaaaa . moody time tu lagi teruk. semua org dia nak marah tau . kalau aku tk tahan dah lama aku belah weii tak kawan dengan kau. tapi sebab kau betul2 kawan aku yg sentiasa ada, teman borak . aku sayang wei persahabatan nie. lagipun aku pernah stay tidur rumah kau. macam2 laaaaa . walau camne pun u still my friends . forever !

//SHORT TIMES
posted at: Saturday, August 22, 2015 | 9:52 AM | 0 Love! | Give me some love?


TIK TOK ! TIK TOK 🕐⏳Pejam celik pejam celik dah nak dua tahun setengah study kat Merbok 😔 bila difikirkan balik many happened since I stay at there. Lepas nie masing2 ada haluan dan cita2 nak dicapai. yelaaa bak kata orang kami first batch yg akan graduate dulu 💁 tapi ITU tak jadi masalah . hahaha . emmm lepas nie dah jarang jumpa roommates kesayangan , kawan2 kat UiTM . contact melalui fon jelaa weii. teknologi pun makin canggih kauu ! jangan nak unthordox sangat keyyy 🙅 haaa itupun kalau iyelaaa tk lost contact . kalau lost memang aku jumpa kome time kome kahwin jelaaa ek 😂 jangan marah aku tauu . btw dekat sini bukan senang nak cari kawan2 yg betul sekepala dengan kita. well , perception diaorg dkt kita tak sama. pemikiran pun mana sama kak/adik oiii . harap maklum ye 😒 selama aku belajar kat sini alhamdulillah semua elok takda yg tak elok. kalau salah faham dgn roommate , classmate tu normal lahh. tak semua ada kata sepakat. tapi aku bersyukur diberi peluang berkawan dengan sahabat yang baik,  memahami, cakap direct tanpa selindung 😅 hahaha. thank you so much 💋 I can't pay back the all things that you made to me. I'll promise that I never forget the all precious moments ever inch second whole my life 🙆❤ sebab I tahu kat sini takde family yg boleh tengok java sebab jauh melainkan kawan2 . you all better deserve it 😘 for my sweet tight heart (roommates) thanks a lots 💕 so much fun that I get since we're know each other for two and half years babies. we fight each other , laughing together until suck ! haha 😂😂 complaints each other , joking around , hangout together 🍔🍟🍫🍗 . important parts when eatingggg ! hewhewww nak makan semuanya kalau perut tu mampu tampungkan ? tangki pun boleh kalah tauuu 👍 pejam celik pejam celik dah hampir dekat bulan 9 punn. Final pun tak lama dah . lagi sebulan jaa. assignment , test , quiz bagai ada yg proceed 😰 ohh goshhhh ! harap semua subjek yg aku ambil boleh pass dengan selamatnya. takmau extend please 🏃🏃 miss my bedroom , home 😢 emmm tapi kali nie tak dapat sambut befday , buat prank bagaiiii . sokayy ! kita boleh celebrate after done , last day after final 😉 korang kena juga buat ! tak kiraaaa lambat ke ape ke . Last beb , lasssst ! lepas nie hanya mampu wish jeeeeee 😚 okaylah  dah malam buta sangat nie, makin melalut aku tulis kangggg . 😪😪 gunite fellows , have a sweet dream 💤 muah ciked 💋💝



//F.A.L.L.I.N.G in LOVE
posted at: Wednesday, May 20, 2015 | 7:00 AM | 0 Love! | Give me some love?



SKIN CARE NOURAIN

before pakai skincare Nourain


before pakai skin care Nourain

Lepas pakai produk Nourain :) tarahhhhh !
taraahhhhh ! around sebulan dua guna Nourain :) hikssss !
tinggg ! tingg ! tinngg ! terdetik dihati nak share pasal produk kosmetik lah pulak --' hiks ! lepas aku nengok review blogers yang hadooo terasa nak taip pasal skin care yang aku guna :) saja nak share kenapa kulit muka waaa makin phawlesss , makin bersinar baq hang ! hahaha. makin hilang jerawat segala lahhh. hah nie nak habaq mai guna produk Nourain :) before this kulit takde problem sangat since sekolah rendah sampai sekolah habis sekolah menegah. aku pun banyak gaklah pakai skincare. macam-ii weyhhh engkorang je tak tahu. pffftttt ! firstly in touch on my face okay ... OLAY ! itu yang pertama sekaaaaliiiiii. untuk day cream time tu darjah 4 ke 5 --' tak ingat, haha. facial face guna safi timun. huhu siyess muka clear kauuu ! satu jerawat pun tk hade time tu. then menggatal tukar nak pakai full set SYAHIRAH :) guna yang itu okay start darjah 6 sampai tingkat 4 tapi macam tuh jugaklah. ada lah tetiba satu masa tumbuh jerawat. so normal kot sebab hormone. so, I just ignore lah , ingatkan lepas tu takde dah tapi lama kelamaan satu satu mucul. maybe sebab dah lama pakai then kulit pun start bosan dengan produk tuhh :/ pfffttt ! mengada kauu kulit nak yang mahal gitunya. so, nampaklah iklan kat tv time SAFI BALQIS. yang dutanya time tu shilah amzah. nahh kau nengok kulitnya lawooo terpengaruh kejapp. tak ke bodoh time tuhh ? hahaha. aku pun pergilah beli trial set pakai dalam seminggu okay. jerawat yang ada kecut dan mengecil. nampaklah effect sikit. so teruskan sampai trial set tu habis then beli yang besar. nahhh kauu ! timbul jerawat tak sudah. non stop ! bila satu hilang, satu lagi muncul. hilang muncul, hilang muncul --' dah macam chipsmore. tak sampai sebulan guna tukar lain. so produk tu aku stop tukar AS BEAUTY. mahal tu memang lah satu set 120. time tuh form 5. straight cakap pakai tu memang hilang clear habis takde jerawat langsung. aku tahu produk nie pun sebab my cousin pakai produk tu. *memang terpengaruh sungguh* kulit cantik putih tak sampai sebulan guna. dah lama guna sampai habis spm then keje part time. start dari tu jerawat muncul kembali. haihh ! haihh ! sedih tu memanglah. sape suka jerawat singgah kat muka even seminggu kan? tapi stick juga dekat produk tuh then pakai sabun marine sekali. tak jalan, dah hilang muncul balik. resah resah sebab ape ? yelaaa yang dulu muka clean & clear tetiba penuh jerawat. ohhmaiiiiii ! sampailah masuk university pakai lagi produk tu. still ada juga jerawat sampailah sem tiga time tuh ada presentation pasal business. one group of ma classmate show skincare Nourain. terdetik dihati nak cuba sebab macam okay je. at first takut juga tapi pakai sabun Nourain je dulu. serious okay jerawat kecut dan makn pudar :") happy dan bersyukur sangat time tu. so baru guna full set Nourain. takde side effect. dapat bonus adalah , hahaha ! sampai sekarang pakai Nourain je takde tukar-tukar dah. eicehhh dah macam stick dekat bakal suami , bhahahaa ! ehhm emmm *luar tajuk daah* Nourain memang bagus produknya , tak tipu. tak caya pergilah tanya sesiapa yang pakai produk tu. saya salah sorang daripanya. 100% bahan asli. halal dah sah-ii lah kann. member a.k.a roommate saya pengedar produk Nourain. nak boleh contact dia boleh melalui saya ye :) tolong roommate , hihihihi. -Izni Najwa Razak- pengedar/stokisss








//Congratulations sayangggg :)
posted at: Wednesday, May 13, 2015 | 10:06 PM | 0 Love! | Give me some love?


pejam celik ! pejam celik ! dah nak habis sisa cuti semester :) ada lah lagi berapa minggu ja . nie lagi esok dah keluar result semester 4 pula . haih ! ya Allah permudahkan semuanya . harap keputusan elok-elok sahaja. takde repeat ape-2 paper . InsyaAllah :) ehh ! actually motif aku meng-update blog nie bukan nak story pasal result pun tapi pasal my sista ! HAHA ! congratulations sayanggggg :) finally you dapat sambung belajar dekat universiti. I'm glad and happy for you. since you nak masuk dah bulan 6 nie , nope ! mean I register 2/6. wow so earlier than me. hihi *annyonggg* emmmm kakak nak spend time sikit ah cuti yang ade dengan kau. hehe (baik tak aku) yelaa , nanti mesti kau rindu aku, family. kankankan ? hihihihi . jangan cengeng tau sista ! remember tu ! (sebab aku pun camtu dulu, hiks !) oh ! before I forget it , she's get at UiTM Tapah :D course sains matematik kauuu ! its okay kau boleh bawakkan ? ohmagaiiiiiid ! (terlopong japp!) adikk, that's over for you bhaiii ! kekeke. you know kat situ takde ape pun weiii. nak harapkan kedai runcit ? bape keratlah yang hadee kot. mampuihhh kau nak berjalan terkedek keluar p cari barang. nahh kau jah ! jauh baqhanggg ! dah lah nak masuk kawasan itu pun punyalah dalam. tskk tsskk ! sedih kakak dengar oii. btw, aku patut besyukur sebab tempat aku belajar lagi okay even pendalaman pun. at least kalau nk keluar p beli barang tak jauh dalam 15 minutes ja. keta sewa pun dekat ja pun, depan uitm. kalau kau dik ? hmmm acane tuhh ? mama pun risau even dekat, hahaha. nampaknya rajinlah mama dating sana kan ? beruntunggg lerr kauuu ! *feel jealous* huhuhu. at least you ada member dari sekolah yang sama dapat same place. hah , boleh book your room together :) matric dapat dekat Melaka, kau sendiri taknak pergi sebab tak boleh bawak. don't worry ya ! member I merangkap roommate I (izni) pun dapat matrik tapi takmau pergi sebab setahun. tak boleh bawa. sama macam syidah juga :) ramai aku rasa yang buat cenggitu :) chill ah ! emmm yang cousin aku sambung dekat Universiti Madinah :) Alhamdulillah, tahniah ain atiqah :) course asasi syariah tak silap lah. belajar leklok weiii ! yang lagi sorang (nadhirah) emmm tunggu panggilan kedua bulan 9 nie katanya. slow-2 okay ? anyway , aku pun nak habis diploma dahh :) tak shabarrr rasanya , hehehe. sabarrr fiyy ! yang baru nak masuk diploma or pra-diploma tu congratulations :) belajar kasi leklok sikit. dapatkan dean tau ! inshaallah boleh :) jangan memain ! yang penting mata tuhh ! hahaha kasi jaga sikit okay. *sebab budak lelaki banyak hensem dohhh* kekekeke . ingat parents, take care of yourself , your attitude and aurah :) I'm not at there for 24/7 per day for you sista ! one more , tak payah ah kau nak hide you relay tuhh. aku dah tau pun nama buah hati kesayangan jantung tak belah berapa tuu :/ thanks dekat bro iaitu abang aku lahh yang bukak code password kau tuh. haha jahat tak ktorang, ngehhngehh. rahsia sangat dengan kitaorang :)

//FITNESS
posted at: Saturday, April 25, 2015 | 9:33 AM | 2 Love! | Give me some love?






tetiba rasa nak update pasal fitness :) well sekarang nie semua orang nak jaga badan , muka and so on lahh. bak kata orang "from the head until to the toe". fitness salah satu habits yang baik kalau nak follow up lah. my members dah try buat fitness dekat gym. diaorang kata memang best but its hard ! hah , seeee guys. gym ? ofcourse its hard right. yeah ramai kata pergi gym boleh kurus right ? tak semestinya lah. permakanan juga penting even do the fitness ! makanan sumber utama dalam proses mengawal berat badan sekaligus memberi kesihatan tubuh badan kita. boleh kata 60% daripada pemakanan dan 40% exercise :) kalau buat exercise tapi pemakanan tak jaga tak boleh juga. sumber makanan yang utama confirm lah yang baik sayuran dan buahan :) I'll admit that I hate vegetables. I don't know why but love to much fruits :) seem not to worry but still need worry a little bit. vegetables has many vitamins and minerals on that's. its goods for your skins and health. has a high calcium that make you grows faster and improve and helps the cells in body. yeah , basically fruits the people love to eat :) I know because I like fruits better than vegetables. okay , buah-buahan memang banyak khasiat vitamins A, E , C , B. memang bagus sangat untuk kesihatan badan tetapi hanya sesetengah fruits saja yang elok/ the best for our health. contoh buah yang bagus delima , apple hijau, anggur, lemon, orange, strawberry, mango. protein yang bagus ikan salmon, telur, ayam, ikan. roti pun elok juga untuk breakfast (oatcrunch, cococrunch, oat). hah lagi satu nak buat juice pun bagus juga. more more better good for health :D
 air kosong kena minum 8 gelas sehari bagi memudahkan pelancarran darah dalam badan sekaligus buang toksin yang ada kat badan.


alright kalau fitness in exercise boleh juga. korang boleh buat basic exercise untuk kaki, tangan, perut, paha dan muka sekali. simple exercise if korang takmau yang leceh-2 ahh yang menyusahkan korang just buat kaki guna step 5-3-2 (10 minutes). untuk tangan just buat atas bawah, depan-belakang (8kali) untuk perut buat sit-up *as well* takpun buat ala yoga baring. means baring meniarap then letakkan tangan separa dengan bahu. angkat slow-2 sekali dengan badan (8 kali) sambil tu tahan nafas :) lepas habis yang itu try angkat kaki pula dengan perlahan (8 kali) untuk paha if nak buat ala zumba pun boleh bagi wanita or gegirls yang 'malas'. hehehe. just buat ala jog tapi slows. then bila dah rasa stable just put fast speed on your legs. try fast jog then slows jogs back.


 

Gaya ala yoga untuk pinggang dan perut

best exercise cara nie :) fifi dah cuba dan anda patut cuba juga . so I"ll hope you guys try it. Happy Workout !

//DRAMA HATI PEREMPUAN
| 2:12 AM | 0 Love! | Give me some love?






Slot Akasia kat tv3 siapa yang tak tengok ? kalau ditanya confirm semua cakap tengokkan ? Nampak gaya aku je yang ketinggalan zaman cerita slot akasia nie. bukan tak minat hokey just takde masa nak tengok semua tu time study. haha *klishe sangat* bukan ape cuma tetiba nak typing pasal drama nie :) ishh ! malas ahh belok-belok simpang siur nie --' straight to the point jela . actually ter ter ter in love with this drama ! omaigadddd ! omaiigadd ! serious aku kata "aku suka drama nie" bukan sebab actor and actressnya ye akak abang sekalian. sebab jalan ceritanya yang begitu perghhh ! tip top ! nak tahu macam mane aku boleh jatuh cinta dengan drama nie ? emm macam nie ceritanya . first time aku balik rumah family aku buka channel tv3. well diaorang as well love drama-ii macam nie. lagi lagi my parents lahh :) haiyooo ! aku pun join lah nengok sekali . mula-ii tak faham jugak" apesal lahh bini dia tuh buat muka dan peel teruk kat laki dia?" then bila wife dia okay , husband dia pula buat hal " *dahi berkerut*sebab tak faham jalan cerita. mane taknya nengok pun episode dah berbelas time aku balik. bila tanya parents semua jawab "tengok jela nanti fahamlah" aku pun lol ? macam tuh . forget about this and I just watch . since that I know , ouhh Tengku Zaril , Yuhanis . diorang kahwin tanpa rasa cinta bagi Yuhanis. dah syook tengok muncul mamat strangers . yang aku dah sape pula lelaki nie ? ouhh ex-yuhanis (Danial) . belum mucul mak bapak dyorg , siblings tengku zaril tuhh (angah & achik). hah lagi satu minah yang tergilakan T.Z tuh . ouhh baru ku tahu itu Tengku Amalin ( Kulin) hahaha macam orang bongok je aku tanya . *tak tahu macam tu lahh* baru lahh tahu ceritanya cmtuh . gara-gara satu episode haritu yang memang aku tak tahu menahu langsung pasal drama tu. jalan terbaik tak terfikir pula time tu *blur sangat* diamkan aje. then mama kata lahh ape susah intrenet kan ada. bukalah tonton . yang aku "haah kann daripada buang masa suruh manusia yang ada explain baik tengok kat tonton". hehe*garu kepala*
well I guess drama "Hati Perempuan" nie klishe macam cerita lain . yela kahwin dengan anak kerabat sebab serkap jarang ke ape ke but not . too much different than others drama :) hewww kecil-kecil pernah juga berangan nak kahwin dengan anak putera raja. bhahaha *tak payah nak gelak sangat ye , korang pun mesti berangan juga kan? * story line pun best , barisan pelakon best ! lagu OST dia ? best ! haha. well done uollss !tak sabar nak tengok sampai habis drama nie.

//Home Made "KEK BATIK"
posted at: Friday, April 24, 2015 | 11:59 PM | 0 Love! | Give me some love?


haritu kek coklat kukus now kek batik pula . weeee kelasss sungguh kau fifi :) kerja kau asyik nak buat kek je . makan makan makan makan . hahahaha . well uolss bukan selalu pun kan nak pergi dapur. term break nie lahh baru dapat pergi dapur tolong mama masak. kat sana nak masak gimana kalau dapur pun takde . ada bilik , meja study , katil , almari . tuhh jelah . no kitchen ! no kitchen ! emm ada jugak niat nak buka bakery one day nanti . inshaallah kalau ada rezeki . lagipun ada peluang maybe sebab kena dgn course yang aku ambil dekat U , hehehe . okay now I would like to shared the ingredients kek batik :)
bahan yang diperlukan biskut marie, coklat cip, serbuk koko & milo, susu cair & susu pekat , mentega, gula dan telur.
 
INGREDIENTS/ BAHAN-BAHAN
 
 
  • 130 g biskut Marie (mana-mana jenama), dipecah-pecah
  • 30 g serbuk milo
  • 30 g serbuk koko
  • 50 g mentega atau marjerin tanpa garam
  • 100 g susu pekat
  • 50 g gula castor
  • 100 g coklat cip
  • 2 biji telur
  •  
    INSTRUCTION/ CARA-CARA
     
    mula-mula cairkan serbuk koko,milo, mentega, susu pekat dan gula dalam periuk atas api rendah sederhana. Legi elok jika anda gunakan periuk berdasar berat supaya ia tidak mudah hangus.
    kacau campuran coklat dan bahan lain sehingga sebati dan cair di atas suhu api yang rendah. Matikan api apabila bahan tadi mencair.
     
    Masukkan telur dan kacau sehingga naik dan sebati dengan campuran coklat milo tadi menggunakan pemukul dawai
     
     
     
    Buka kembali api kepada rendah sederhana dan terus kacau campuran dengan pemukul dawai sehingga campuran kastard coklat memekat dan seperti pes. Matikan api dengan serta-merta untuk mengelakkan daripada campuran coklat hangus.
     
    Masukkan biskut Marie dan yang telah dipotong, ke dalam campuran kastard coklat dan milo dan kacau dengan sudu besar sehingga biskut diselaputi dengan rata dan sebati.
     
    Setelah selesai kacau bahan tadi dengan biskut marie , boleh letakkan campuran tadi ke dalam bekas atau loyang yang besar. Akhir sekali, masukkan kek batik itu ke dalam peti sejuk sehingga sejuk/semalaman dan boleh hidangkan kepada family anda :)
     
    TIPS
    anda boleh potong slide kek batik itu sewaktu dihidangkan bersama tea panas :)
     
    SELAMAT MENCUBA